Saturday 9 August 2014

ekonomi islam dan ekonomi konvensional

DEFINISI EKONOMI ISLAM DAN EKONOMI KONVENSIONAL



*      EKONOMI ISLAM
v  Ilmu yang mempelajari perilaku ekonomi manusia yang perilakunya di atur berdasarkan aturan agama islam dan didasari dengan tauhid sebagaimana dirangkum dalam rukun iman dan rukun islam
v  Menurut Khurshid Ahmad
ΓΌ  Ilmu ekonomi islam adalah suatu upaya sistematik untuk mencuba memahami permasalahan ekonomi dan perilaku manusia dalam hubungan dengan permasalahan tersebut dari sudut pandangan islam.

*      EKONOMI KONVENSIONAL
v  Adalah teori ekonomi yang diuraikan oleh tokoh-tokoh penentu ekonomi klasik. Sistem ekonomi klasik tersebut mempunyai kaitannya dengan ‘ kebebasan (proses) alami ‘ yang difahami oleh sementara tokoh-tokoh ekonomi sebagai ekonomi liberal klasik. Ekonomi liberal ialah sistem ekonomi bergerak kearah menuju pasaran bebas dan sistem ekonomi berkefahamn perdagangan bebas dalam era globalisasi yang bertujuan menghilangkan kebijaksanaan proteksiolisme.

Sistem ekonomi liberal klasik adalah suatu filosofi dan politis




TAMBAHAN


EKONOMI ISLAM

TUJUAN EKONOMI ISLAM  DIWUJUDKAN

Segala aturan yang diturunkan Allah swt dalam sistem Islam mengarah pada tercapainya kebaikan, kesejahteraan, keutamaan, serta menghapus kan kejahatan, kesengsaraan, dan kerugian pada seluruh ciptaan-Nya.Demikian pula dalam hal ekonomi, tujuan nya adalah membantu manusia mencapai kemenangan di dunia dan di akhirat.

Seorang fuqaha asal Mesir bernama Prof.Muhammad Abu Zahrah mengatakan ada tiga sasaran hukum Islam yang menunjukan bahawa Islam diturunkan sebagai rahmat bagi seluruh umat manusia, iaitu:

1. Penyucian jiwa agar setiap muslim boleh menjadi sumber kebaikan bagi masyarakat dan lingkungannya.

2. Tegaknya keadilan dalam masyarakat. Keadilan yang dimaksud mencakupi aspek kehidupan di bidang hokum dan muamalah.

3. Tercapainya maslahah (merupakan puncaknya). Para ulama menyepakati bahawa maslahah yang menjadi puncak sasaran di atas mencakupi lima jaminan dasar:
•           Keselamatan keyakinan agama ( al din)
•           Kesalamatan jiwa (al nafs)
•           Keselamatan akal (al aql)
•           Keselamatan keluarga dan keturunan (al nasl)
•           Keselamatan harta benda (al mal)



PRINSIP-PRINSIP EKONOMI ISLAM

Bagi mencapai tujuan ekonomi islam yang sudah dilandaskan, perlu ada prinsip-prinsip yang menjadi panduan bagi mencapai matlamat ekonomi islam yang sebenar.

Secara garis besar ekonomi Islam memiliki beberapa prinsip dasar:
1.         Berbagai sumber daya dipandang sebagai pemberian atau anugerah dari Allah swt kepada manusia.

2.         Dasar ekonomi Islam mengakui pemilikan peribadi mempunyai batas-batas tertentu. Setiap aktiviti ekonomi yang dijalankan perlu patuh pada peraturan yang berkaitan dengan agama islam.

3.         Kekuatan penggerak utama ekonomi Islam adalah kerjasama. Dalam pembangunan ekonomi Negara perlu ada sifat saling membantu antara rakyat dan menteri, orang atasan dan bawahan supaya segala urusan dapat dijalankan dengan mudah.

4.         Setiap aktiviti ekonomi dipantau dan akan dipastikan tidak wujudnya monopoli. Ianya kerana ekonomi Islam menolak terjadinya akumulasi kekayaan yang dikuasai oleh segelintir orang saja.

5.         Ekonomi Islam menjamin pemilikan masyarakat dan penggunaannya direncanakan untuk kepentingan banyak orang.

6.         Seorang muslim harus takut kepada Allah swt dan hari penentuan di akhirat nanti.

7.         Zakat harus dibayarkan atas kekayaan yang telah memenuhi batas (nisab). Juga islam melarang riba dalam segala bentuk.



EKONOMI KONVENSIONAL

 


Rajah tersebut menunjuk kanciri-ciri ekonomi konvensional yang merupakan suatu ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang hanya mementingkan aspek keuntungan semata-mata yang berkaitan dengan urusan dunia sahaja.

Ciri-ciri ekonomi konvensional :-

1.         Sistem ekonomi yang terpisah daripada agama. Ianya lahir berdasarkan pemikiran manusia yang boleh berubah pada bila-bila masa berdasarkan pengalaman atau maklumat yang baru.
2.         Berlandaskan kepada kebebasan individu dalam pelbagai aspek, termasuklah kepentingan modal dansistem tawaran juga permintaan.
3.         Mementingkan pengumpulan modal dan harta dengan mengetepikan nilai halal atau haram.
4.         Berunsurkan amalan riba, gharar (ketidakpastian) dan maisir (pertaruhan).
5.         Mementingkan kekayaan material semata-mata dan mengikis sifat tolong-menolong.
6.         Mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira hak asasi orang lain.

Terdapat beberapa aliran dalam system ekonomi konvensional antaranya feudalisme, kapitalisme, sosialisme, dan komunisme. Semua system ini gagal untuk mengatasi krisis ekonomi dari semasa kesemasa kerana tidak memenuhi fitrah semulajadi manusia dan hak masyarakat.





PERBEZAAN ANTARA SISTEM EKONOMI ISLAM DAN SISTEM EKONOMI KONVENSIONAL


(i)         MOTIF
Ekonomi Islam
*      Sistm in bukan hanya bermotifkan keuntungan semata mata
*      Sistem ini jugak bermotifkan kebajikan masyarakat.
*      Mengutamakan pahala maksimum bukannya kepuasan maksimum.
*      Percaya bahawa setiap manusia itu diperuntukkan rezekinya oleh Tuhan.

Ekonomi Konvensional
*      Sistem ini sangat mengutamakan kuntungan individu.
*      Individu berhak untuk memperolehi keuntungan semaksimum yang boleh untuk mencapai kepuasan masing masing
*      Pengguna dikatakan sebagai ‘raja’
*      Fatorfaktor ekonomi dikuasai oleh orang orang tertentu

(ii)        PEMILIKAN HARTA

Ekonomi Islam
*      Terdapat 3 jenis pemilikan harta daam sistem ini iaitu :
*      Hak Milik Umum: meliputi mineral mineral dalam bentuk pepejal, cecair dan gas termasuk petroleum, besi, tembaga, emas dan sebagainya yang didapati sama ada didalam perut bumi atau di atasnya, termasuk juga segala bentuk tenaga dan intensif tenaga serta industri industri berat
*      Hak Milik Negara meliputi segala bentuk bayaran yang dipungut oleh Negara secara syar’ie dari warganegara, bersama dengan perolehan dari pertanian, perdagangan dan aktiviti industry, di luar dari linkungan pemilikan umum di atas.
*      Hak Milik Individu selain dari kedua jenis pemilikan di atas, harta harta lain boleh dimiliki oleh individu secara syar’ie dan setiap individu itu perlu membelanjakannya secara syar’ie juga
*      Setiap individu boleh memiliki harta tetapi mereka hanyalah merupakan pemegang amanah Allah. Harta tersebut perlulah dikendalikan dengan baik
*      Islam mengiktirafkan prinsip hak milik individu.

*      Ini boleh dibuktikan dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud:

·         Dan janganlah kamu mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih baik (bermanfaat) sampai ia dewasa dan pnuhilah janji; sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggungan jawabnya. (Surah Al-Israk : Ayat 34 )

Ekonomi Konvensional

*      Individu dalam ekonomi adalah bebas memiliki sebarang harta persendirian.
*      Individu bebas mengagihkan atau menggunakan harta mereka tanpa halangan dari pihak lain.
*      Individu juga bebas mencari harta kekayaan semaksimum yang boleh untuk memenuhi kepuasan mereka.


(iii)       PERANAN PENGGUNA DAN PENGELUAR

Ekonomi Islam
*      Pengguna berhak memenuhi segala kemahuan dan kehendak mereka selagi kehendaknya tidak menyalahi batas yang ditentukan.
*      Pengeluar juga bebas mengeluarkan barangan yang dipilih asalkan barangan itu selaras dengan tuntutan syariat islam.
*      Barang barang keperluan asas yang penting perlu diutamakan
Ekonomi Konvensional
*      Pengguna dianggap sebagai ‘raja’ dalam pasaran.
*      Ini berikutan corak peruntukan sumber ekonomi ditentukan oleh bentuk permintaan pengguna.
*      Pengeluar akan mengeluarkan barangan berdasarkan jumlah permintaan pengguna yang tertinggi sahaja.


(iv)       PERANAN KERAJAAN

Ekonomi  Islam
*      Islam membenarkan peranan kerajaan dalam ekonomi Negara.
*      Campur tangan kerajaan adalah sangat penting bagi melindungi kebajikan masyarakat dan kerajaan perlu mengeluarkan barangan atau perkhidmatan yang tidak mampu dikeluarkan oleh pengeluar.
*      Kerajaan berupaya memainkan peranan dengan membantu masyarakat terutamanya masyarakat yang miskin dalam memenuhi keperluan asas harian mereka.
*      Ibn Qayyim juga menganjurkan campur tangan kerajaan dalam pemilikan harta kekayaan oleh individu jika individu menggunakan harta kekayaan berkenaan pada jalan yang bertentangan dengan faedah masyarakat yang lebih besar
Ekonomi Konvensional
*      Dalam sistem ini, peranan kerajaan adalah tidak diperlukan sama sekali.
*      Semua keputusan ekonomi dibuat oleh pengguna dan pengeluar.
*      Kerajaan hanya memainkan peranan yang sangat kecil iaitu hanya bertanggungjawab menjaga keselamatan Negara melalui undang-undang.


(v)        AGIHAN PENDAPATAN

Ekonomi Islam
*      Pengagihan pendapatan yang dijalankan adalah bersifat adil
*      Ini dilakukan dengan kerajaan akan membantu golongan yang berpendapatan rendah memperolehi keperluan.
*      Manakala bagi keperluan berpendapat tinggi pula perlu membayar zakat untuk membantu golongan berpendapatan rendah.
Ekonomi Konvensional
*      Agihan pendapatan di bawah sistem ini adalah tidak saksama
*      Jurang antara golongan kaya dan golongan miskin terus meluas

(vi)       SISTEM PERCUKAIAN

 Ekonomi Islam
*      Sistem percukaian islam disyariatkan.
*      Pemilik harta dikenakan bayaran zakat mengikut kadar dan cukai cukai yang lain untuk diagihkan kepada pihak pihak yang berhak bagi mengurangkan jurang antara golongan berhartan dan golongan tidak berharta
 Ekonomi Konvensional
*      Pembayaran cukai tidak disyariatkan
*      Bertanggungjawab membayar cukai kepada pemerintah serta tanggungjwab lain ( derma dan sumbangan berdasarkan budi bicara )


(vii)      PRINSIP PERMUAFAKATAN

Ekonomi Islam
*      Menekankan semangat muafakat untuk mengurangkan pertelingkahan antara majikan dengan pekerja, penjual dengan pembeli, pengeluar dan pengguna
Ekonomi Konvensional
*      Hubungan antara majikan dan pekerja dalam bentuk kontrak yang diwujudkan bagi  melicinkan hubungan antara mereka
*      Kerajaan campur tangan bagi mewujudkan kerjasama antara majikan dan pekerja. Maka wujud hubungan tiga hala antara kerajaan majikan dan pekerja


(viii)     PRINSIP BEKERJA DAN GANJARAN

Ekonomi Islam
*      Untung dan rugi adalah lumrah dalam muamalah islam, malah ia menjadi asasnya
*      Mudarabah dan syarikat digalakkan dalam aktiviti ekonomi.

Ekonomi Konvensional
*      Meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan untuk mengelakkan kerugian dan mengambil keuntungan lebih banyak untuk menyelamatkan keadaan semasa berhadapan dengan keugian


(ix)       PRINSIP MENJAUHKAN PERBUATAN MEROSAK

Ekonomi Islam
*      Melarang segala bentuk keruntuhan akhlak, kerosokan masyarakat, kepincangan keluarga dan kerosakan masyarakat dalam kegiatan ekonomi
Ekonomi Konvensional
*      Juga melarang kerosakan tetapi tiada kawalan syariat, Cuma dilakukan di atas tanggungjawab moral


(x)        MATLAMAT EKONOMI

Ekonomi Islam
*      Syariat tidak digugurkan ( dikekalkan )
*      Setiap kali kegiatan ekonomi samada kecil atau besar akan menjadi ibadah dan diberi ganjaran pahala jika dilakukan kehendak kehendak syarak’
Ekonomi Konvensional
*      Berbentuk secular dan syariat digugurkan bermula pada abad ke 16 dan seterusnya.





PANDANGAN TENTANG EKONOMI ISLAM DAN EKONOMI KONVENSIONAL


EKONOMI ISLAM

1. Umer Chapra
Menjelaskan secara mendalam bahwa ekonomi Islam merupakan cabang ilmu pengetahuan yang membantu manusia dalam mewujudkan kesejahteraannya melalui suatu alokasi dan distribusi sumber-sumber daya langka yang sesuai dengan al–‘iqtisad al–syariah atau tujuan yang ditetapkan berdasarkan syariah, tanpa mengekang kebebasan individu secara berlebihan, menciptakan ketidakseimbngan makroekonomi dan ekologi, atau melemahkan solidaritas keluarga dan sosial serta jalinan moral dari masyarakat.

2. Yusuf Qardhawi.
Ekonomi Islam adalah ekonomi yang didasarkan pada ketuhanan. Sistem ini bertitik tolak dari Allah, bertujuan akhir kepada Allah, dan menggunakan sarana yang tidak lepas dari syari’at Allah.

3. S.M. Hasanuzzaman
Ekonomi islam adalah pengetahuan dan aplikasi ajaran-ajaran dan aturan-aturan syariah yang mencegah ketidakadilan dalam pencarian dan pengeluaran sumber-sumber daya, guna memberikan kepuasan bagi manusia dan memungkinkan mereka melaksanakan kewajiban-kewajiban mereka terhadap Allah dan masyarakat.

4. Muhammad Abdul Mannan
 Dalam bukunya Islamic Economics, Theory and Practice, Mengatakan,“Islamic Economics is Social science which studies the economics problems of a people imbued with the value of Islam.”
“Ilmu ekonomi islam adalah ilmu pengetahuan sosial yang mempelajari masalah-masalah ekonomi masyarakat yang diilhami oleh nilai-nilai Islam.”


5. Khursid Ahmad
Ekonomi Islam adalah suatu supaya sistematis yang mencoba untuk memahami permasalahan dalam ekonomi serta perilaku manusia dalam hubungannya dengan permasalahan tersebut dari perspektif Islam.


6. Muhammad Nejatullah ash-Shiddiqi
Ekonomi Islam adalah respons atau tanggapan dari para pemikir Muslim terhadap berbagai tantangan ekonomi pada masa tertentu. Dalam hal ini mereka dibantu oleh Al-Qur’an dan sunnah serta akal (ijtihad dan pengalaman).


7. Akram
Ekonomi islam tepatnya ilmu ekonomi Islam bertujuan untuk melakukan kajian (studi) terhada kebahagiaan hidup manusia (falah) yang dicapai dengan mengorganisasikan sumber daya alam atas dasar kerjasama dan partisipasi.

8. M.M. Metwally,
Ekonomi Islam merupakan ilmu yang mempelajari perilaku muslim (yang beriman) dalam suatu masyarakat Islam yang mengikuti al Qur’an, Hadis, Ijma dan Qiyas.


9. M. Syauqi Al-Faujani
Ekonomi Islam merupakan segala aktivitas perekonomian beserta aturan-aturannya yang didasarkan kepada pokok-pokok ajaran Islam tentang ekonomi



EKONOMI KONVENSIONAL

ADAM SMITH

Pemikiran Adam Smith memberikan inspirasi dan pengaruh besar terhadap pemikiran para ekonom sesudahnya dan juga pengambil kebijakan negara. Lahirnya sistem ekonomi kapitalis, sebenarnya merupakan perkembangan lebih lanjut dari perkembangan pemikiran dan perekonomian benua Eropa pada masa sebelumnya.
            Pada suatu masa, di Benua Eropa pernah ada suatu zaman dimana tidak ada pengakuan terhadap hak milik manusia, melainkan yang ada hanyalah milik Tuhan yang harus dipersembahkan kepada pemimpin agama sebagai wakil mutlak dari Tuhan. Pada zaman tersebut yang kemudian terkenal dengan sistem universalisme. Sistem ini ditegakkan atas dasar keyakinan kaum agama “semua datang dari Tuhan, milik Tuhan dan harus dipulangkan kepada Tuhan”.

Kemudian lahir pula golongan baru, yang mendekatkan dirinya pada kaum agama, yaitu kaum feodal. Mereka ini yang berkuasa di daerahnya masing-masing, lalu menguasai tanah-tanah dan memaksa rakyat menjadi hamba sahaya yang harus menggarap tanah itu. Sistem feodal hidup subur di bawah faham universalisme.

            Fahaman ini lebih terkenal dengan feodalisme. Jika kaum feodal memaksa rakyat bekerja mati-matian, maka kaum agama dengan nama Tuhan menghilangkan hak dari segala miliknya. Artinya kaum feodal yang bekerjasama dengan kaum agama, telah mempermainkan seluruh hak milik manusia untuk kepentingan mereka sendiri.

Gambaran yang dapat diperoleh dari zaman kaum agama dan feodal ialah manusia hidup seperti hewan, tidak mempunyai fikiran sendiri, tidak mempunyai hak atas dirinya sendiri dan semuanya hanyalah kaum agama yang memilikinya. Inilah suatu kesalahan besar yang pernah diperbuat oleh kaum agama di benua Eropa. Seluruh masyarakat Eropa berontak dan mengadakan perlawanan menentang kaum agama dan feodal. Pecahlah revolusi Perancis yang sudah terkenal itu.

Revolusi Perancis (1789 – 1793) dipandang sebagai puncak kegelisahan dari rakyat yang tertindas dan dirampas haknya. Dengan dendam dan kemarahan yang luar biasa mereka menghancurkan universalisme dan feodalisme yang mengikat mereka. Tetapi, akibatnya lebih buruk dari itu. Bukan saja mereka memusuhi kaum agama dan feodal, tetapi juga menjatuhkan nama suci dari Tuhan yang selalu dibuat kedok oleh kedua golongan di atas.

Di samping itu, berkembangnya sistem ekonomi kapitalis juga dapat dirunut dari sejak munculnya faham fisiokrat (abad 17) yang mengatakan bahwa pertanian adalah dasar dari produksi negara, sebab itu, seluruh perhatian harus ditumbuhkan kepada memperbesar hasil pertanian. Kemudian lahir pula paham merkantilisme (awal abad 18) yang mengatakan bahwa perdagangan adalah lebih penting dari pertanian, karena itu pemerintah harus memberikan perhatiannya kepada mencari perdagangan dengan negara-negara lainnya.

Pada pertengahan abad ke-18, lahirlah paham baru yang dinamakan liberalisme dari Adam Smith (1723 – 1790) di Inggris. Menurut dia, bukan soal pertanian atau perdagangan yang harus dipentingkan, tetapi titik beratnya diletakkan pada pekerjaan dan kepentingan diri. Jika seseorang dibebaskan untuk berusaha, dia harus dibebaskan pula untuk mengatur kepentingan dirinya. Sebab itu ajaran laiser aller, laisser passer (merdeka berbuat dan merdeka bertindak) menjadi pedoman bagi persaingan mereka. Selanjutnya manusia memasuki kancah individualisme yang ditandai dengan nafsu untuk menumpuk harta sebanyak-banyaknya yang ditimbulkan oleh persaingan yang bebas tadi. Dari paham liberalisme, timbullah kaum borjuis. Kaum borjuis ini akhirnya menimbulkan sistem ekonomi, sistem ekonomi kapitalis.


Berkembangnya paham kapitalis menimbulkan reaksi yang ditandai dengan munculnya paham komunisme. Paham ini lahir dari seorang Jerman, bernama Karl Marx pada tahun 1848 yang sangat kecewa terhadap sistem ekonomi kapitalis yang dianggap telah menyengsarakan rakyat banyak. Silih berganti nasib yang dilalui paham Marx itu. Tetapi akhirnya sewaktu Lenin mendirikan pertama kali negara komunis di Rusia pada tahun 1917, maka marxisme telah menjejakkan kakinya dengan kuat sebagai dasar bagi negara baru tersebut. Walapun ajaran komunisme ini pernah menguasai hampir separo dari penduduk dunia, akan tetapi paham ini dianggap telah runtuh bersamaan dengan runtuhnya Rusia